beza antara org Malaysia dgn org Jepun ........
Orang kita ni, seolah-olah dah sebati dengan jiwa mereka. Apabila
berjanji tentang masa, biasanya akan lambat daripada masa yang
ditetapkan. Contoh kalau janji nak jumpa kat mana-mana tempat pada pukul
3 petang. Biasanya kita terpaksa tambah 10~30 minit. Lagi teruk
kadang-kadang sampai sejam lebih.
Lewat ni dah jadi lumrah. Ada
orang, nak elakkan masalah ni diorang janji awal dari masa sebenar. Nak
buat meeting pukul 3, kasitau kat ahli-ahli pukul 2.30. Tapi cara ni,
kesian pulak kat orang yang memang on time. Jenuh la nak menunggu.
Tak
boleh ke orang kita ubah sikap diorang ye? Kalau buat janji tu pukul 4,
pukul 3,55 ataupon pukul 4 tepat dah ada kat tempat yang dijanjikan.
Kan senang. Semua orang senang hati. Kerja pon senang nak dijalankan.
Masa
saya kat jepun dulu, janji tentang masa ni takde masalah. Bukan setakat
orang jepun, dengan oramg Malaysia kat sana pon senang. Masing-masing
dah faham. Kalau pukul 3, maksudnya pukul 3 tepat lah. Tak de
lewat-lewat.
Saya ada tengok kat TV ada sekali tu rancangan mengatasi masalah lewat/tak tepati masa ni.
Idea
diorang, buat janji pada number yang agak ganjil. Contohnya, kalau
pukul 4, kasitau orang perjumpaan pada pukul 3.58. Kalau 3.30, kasitau
pukul 2.29. Diorang buat kajian. Kesannya banyak jugak. Lebih ramai yang
hadir awal. Apa kata kita cuba ? :)
So, kita pon kena ubah sikap
kita. Pastikan kita datang pada masanya. Jangan biarkan orang yang kita
janji tu tertunggu-tunggu. Banyak faedahnya kalau tetapi masa ni.
Jikan wo mamotte kudasai ne..

No comments:
Post a Comment